THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 16, 2009

Terapi pernafasan...

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika Anda merasa lelah, lakukan bolak-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas,  lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin..

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya menjadi dingin.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya nyeri. Kemudian saya berubat ke doktor dan beliau mengatakan ,"Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu bukan cakap kosong. Apa yang dia sampaikan dibuktikan dengan teori dan kesaksian.

Pada saat itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak dapat sembuh..

Pada suatu malam. saya  menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah yang saya alami sendiri. Saya beritahukan kepada orang lain, jika sakit kepala, boleh mencuba cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Banyak orang pun telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti memakan ubat dalam jangka panjang akan ada efek sampingnya. Jadi kenapa Anda tidak mencubanya ?

Selalulah mecuba terapi perrnafasan ini, tubuh Anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks). 

8 Komen yg bernas:

Mr. and Mrs. Mizan said...

bagus ni..

Cool Guy said...

Cubalah... Insya Allah berkesan..

zeela lalala said...

cool beb. nak cuba malam ni lah bro. mcm best je
hahaha.

Cool Guy said...

zeela,
Cuba jangan tak cuba... Tag aku bila nak jawab..? hehehe...

Mr. and Mrs. Mizan said...

sentiasa cuba.. hehee

ade gak kite terbaca, terapi pernafasan ni, bley kuruskan perut..
klu selalu, insyaAllah...

Cool Guy said...

Kalau nak kempiskan perut, tutup hidung, hembus nafas ikut mulut dan tahan nafas selama 10 saat berulang kali.....

Mr. and Mrs. Mizan said...

ish.. ye ke ni... hehee

Cool Guy said...

hehehe............