THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 25, 2009

Adakah anda lelaki sejati.....

Kepada semua lelaki, adakah anda memang lelaki tulen.... Mari kita mengenali diri kita melalui jari kita sendiri.... Perhatikan jari anda baik baik dan bandingkan dengan gambar di bawah....

Yang mana satukah keadaan jari anda...? Adakah anda macho...? atau....... sendiri mau ingatlah... hehehe.....

Thursday, April 16, 2009

Terapi pernafasan...

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika Anda merasa lelah, lakukan bolak-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas,  lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin..

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya menjadi dingin.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya nyeri. Kemudian saya berubat ke doktor dan beliau mengatakan ,"Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu bukan cakap kosong. Apa yang dia sampaikan dibuktikan dengan teori dan kesaksian.

Pada saat itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak dapat sembuh..

Pada suatu malam. saya  menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah yang saya alami sendiri. Saya beritahukan kepada orang lain, jika sakit kepala, boleh mencuba cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Banyak orang pun telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti memakan ubat dalam jangka panjang akan ada efek sampingnya. Jadi kenapa Anda tidak mencubanya ?

Selalulah mecuba terapi perrnafasan ini, tubuh Anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks). 

Monday, April 6, 2009

Jerawat bernanah

Kebanyakan orang akan timbul jerawat dimuka apabila meningkat remaja dan dewasa. Ada juga yang mengatakan jerawat timbul kerana seseorang itu kuat berangan. Entah betul entah tidak... Ada orang berjerawat batu dan ada yang jerawat bernanah.

Ini ada petua yang aku ambil dari sebuah majalah untuk merawat jerawat bernanah...
Ambil satu camca teh garam halus dan larutkan dalam setengah gelas air mineral. Sapukan larutan garam tadi pada jerawat yang bernanah sekerap mungkin. InsyaAllah jerawat dan nanah tersebut akan kering. Kemudian pulihkan semula kulit kering kepada normal dengan menyapu air ramasan kobis pada serata wajah.... InsyaAllah akan cun kembali...

Selamat mencuba.......

Wednesday, April 1, 2009

Mengajar kelas dewasa...

Sebenarnya selama dua bulan ni aku ditugaskan mengajar beberapa orang penyelia di tempat kerja aku. Dia orang tu semuanya dah agak berumur, susah rasanya mengajar  kelas dewasa ni... Lain kita suruh, lain pula yang dibuatnya.. Kadang kadang hilang sabar juga dibuatnya. Agaknya macam nilah perasaan cikgu cikgu yang mengajar aku dulu...

Hujung minggu ni dia orang kena buat presentation pada boss, so sekarang ni aku tengah mengajar dia orang buat presentation. Presentation dalam bahasa inggeris, dia orang pulak tak fasih dalam english.. Terpaksa pulak mengajar bahasa inggeris... Terasa macam 'maind your language' pulak.

Tak tahulah apa akan jadi masa presentation nanti... Apa-apa pun, yang pasti hujung minggu ni berakhir penyeksaan aku mengajar kelas dewasa......