THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, March 30, 2009

Boring...

Hari ni, pergi kerja boring betul..... Rasa cuti Sabtu & Ahad sekejap aje.. macam tak cuti plak. Hari-hari pergi kerja, buat benda yang sama, mengadap orang yang sama... Bosan pulak rasanya...

Teringin nak berhenti kerja dan cari kerja lain, buat benda yang lain... mengadap orang lain pulak... Tapi kalau berhanti kerja, boleh ke dapat kerja lain. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni ada ke syarikat lain nak amik aku kerja..?

Kat Johor, dengar khabar ada satu syarikat tu potong gaji pekerja 50% atas alasan ekonomi lembab. Punyalah banyak potongnya tu... mampus.. nak makan apalah dia orang tu, barang banyak yang naik harga gaji pulak kena potong..

Nasib baik tempat aku tak buat macam tu... Tak jadilah aku nak berhenti kerja...

5 Komen yg bernas:

Fazl said...

industri penerbitan byk nk pakai editor.. try la mintak :D

ohvee said...

tmpt aku agak keji orang2nya. ko usaha lah cari kerja. insyAllah ada pintu rezeki utk ko. peace :)

Cool Guy said...

eMi mLi,
Rekomenkan kat tempat eMi boleh....?

zeela,
Ko ambil aku kerja jadi drebar ko ajelah...

MaMa Echa&Umar said...

adeh...mcm2..hehe

faizul darius said...

aku pun rasa cam tu, benda yg sama setiap hari bosan,