Hari ni, pergi kerja boring betul..... Rasa cuti Sabtu & Ahad sekejap aje.. macam tak cuti plak. Hari-hari pergi kerja, buat benda yang sama, mengadap orang yang sama... Bosan pulak rasanya...
Teringin nak berhenti kerja dan cari kerja lain, buat benda yang lain... mengadap orang lain pulak... Tapi kalau berhanti kerja, boleh ke dapat kerja lain. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni ada ke syarikat lain nak amik aku kerja..?
Kat Johor, dengar khabar ada satu syarikat tu potong gaji pekerja 50% atas alasan ekonomi lembab. Punyalah banyak potongnya tu... mampus.. nak makan apalah dia orang tu, barang banyak yang naik harga gaji pulak kena potong..
Nasib baik tempat aku tak buat macam tu... Tak jadilah aku nak berhenti kerja...